Ex Pastor Masuk Islam

Posted by Hasna | 5:59 AM

APAKAH YESUS TUHAN?

Posted by Hasna | 5:03 AM

Maafkan Cikgu

Posted by Hasna | 6:51 PM

Maafkan Cikgu.

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30ptg seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?". "Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

SELAMAT MENJALANKAN PRAKTIKUM

Posted by Hasna | 12:14 AM



Untuk semua sahabat lipem...diucapkan selamat menjalankan praktikum..jgn lupe bertukar-tukar info



Tarikh : 05-08/05/09
Tempat : Beringin Beach Resort, Langkawi

Kursus Bina Insan Guru (BIG) Siri 6/2009 yang melibatkan kelas LIPEM, LIPJ dan LIPC2 telah diadakan di Beringin Resort, Langkawi pada 5 hingga 8 Mei, 2009.

SELAMAT HARI GURU

Posted by Hasna | 8:20 PM

Selamat HARI GURU Untuk Semua Guru Malaysia

sebagai kudapan, marilah hayati lagu ini........dari In-Team


Lilin Seorang Guru

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya

Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti


Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Sumbangan Nazreeni Hanim



Kursus Pemimpin Muda Pandu Puteri Kadet
Zon Utara

Tarikh : 13-16 April 2009
Tempat : Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah

Seramai 46 orang ahli Pandu Puteri Kadet KPLI Ambilan Januari 2009 telah menyertai Kursus Pemimpin Muda Pandu Puteri Kadet Zon Utara di Dusun Minda, Kuala Nerang. Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran para ahli sebagai pemimpin Pandu Puteri Tunas kelak. Turut hadir ialah Cik Joyce Ong Choon Kim, Cik Ng Sook Gun dan Pn Lee Shu Chin.

tempat penginapan, makanan semua memuaskan. cume keseluruhan kursus diadakan dalam dewan kuliah saja. cume satu aktiviti luar. namun kami diberi input mengenai ilmu kepanduan iaitu ilmu berkenaan hal-hal mentadbir dan mengurusan pasukan Pandu Puteri Tunas. maka ia sangat berguan apabila kami ditempatkan di sekolah kelak

walaupun hanya duduk dalam dewan, namun tetap seronok. belajar menyanyi dan menari..ialah nak buat aktiviti jadik seronok untuk murid-murid sekolah rendah nanti.