Ex Pastor Masuk Islam

Posted by Hasna | 5:59 AM

APAKAH YESUS TUHAN?

Posted by Hasna | 5:03 AM

Maafkan Cikgu

Posted by Hasna | 6:51 PM

Maafkan Cikgu.

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30ptg seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?". "Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

SELAMAT MENJALANKAN PRAKTIKUM

Posted by Hasna | 12:14 AM



Untuk semua sahabat lipem...diucapkan selamat menjalankan praktikum..jgn lupe bertukar-tukar info



Tarikh : 05-08/05/09
Tempat : Beringin Beach Resort, Langkawi

Kursus Bina Insan Guru (BIG) Siri 6/2009 yang melibatkan kelas LIPEM, LIPJ dan LIPC2 telah diadakan di Beringin Resort, Langkawi pada 5 hingga 8 Mei, 2009.

SELAMAT HARI GURU

Posted by Hasna | 8:20 PM

Selamat HARI GURU Untuk Semua Guru Malaysia

sebagai kudapan, marilah hayati lagu ini........dari In-Team


Lilin Seorang Guru

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya

Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti


Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Sumbangan Nazreeni Hanim



Kursus Pemimpin Muda Pandu Puteri Kadet
Zon Utara

Tarikh : 13-16 April 2009
Tempat : Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah

Seramai 46 orang ahli Pandu Puteri Kadet KPLI Ambilan Januari 2009 telah menyertai Kursus Pemimpin Muda Pandu Puteri Kadet Zon Utara di Dusun Minda, Kuala Nerang. Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran para ahli sebagai pemimpin Pandu Puteri Tunas kelak. Turut hadir ialah Cik Joyce Ong Choon Kim, Cik Ng Sook Gun dan Pn Lee Shu Chin.

tempat penginapan, makanan semua memuaskan. cume keseluruhan kursus diadakan dalam dewan kuliah saja. cume satu aktiviti luar. namun kami diberi input mengenai ilmu kepanduan iaitu ilmu berkenaan hal-hal mentadbir dan mengurusan pasukan Pandu Puteri Tunas. maka ia sangat berguan apabila kami ditempatkan di sekolah kelak

walaupun hanya duduk dalam dewan, namun tetap seronok. belajar menyanyi dan menari..ialah nak buat aktiviti jadik seronok untuk murid-murid sekolah rendah nanti.


TARIKH : 23 April 2009
HARI : Khamis
DESTINASI : Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar. PENSYARAH PENGIRING : Cik Lee Seoh Choon

KPLI - Pemulihan Khas, IPGM Kampus Pulau Pinang telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke 2 buah sekolah. Tujuannya - guru-guru pelatih ni nak belajarlah cara mengajar murid-murid pemulihan. rombongan ni di iring oleh pensyarah. Cik Lee namanya. Cik Lee ni tidak mengajar lipem namun beliau dipilih sebagai pengiring oleh ketua jabatan IP kerana beliau merupakan Ketua Unit Pemulihan dan Pendidikan Khas

seronok ??? mestilah. kagum juga tengok kesungguhan guru-guru pemulihan. tetapi memang hebat guru-guru yang kami temui. semua dah experienced.

semasa melawat bahagian pendidikan khas di Sek. Keb Bagan Serai ni, terbit juga rasa sayu di hati melihat anak-anak istimewa..hasna tak tahan nak nengok lama-lama...teriak
Alhamdulillah saya panjatkan syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan saya 2 orang cahaya jauhari hati yang sihat tubuh badannya. sempurna mengikut tahap kesempurnaan manusia

semasa lawatan ke sekolah kedua, Sek Keb Sungai Kepar..lagilah.. cikgu pemulihan ni seorang jurulatih. ramai guru dari pelusuk Malaysia datang berguru dengan beliau. sayu mendengar kisah tragis seorang anak muridnya. kami pun sepakat sampaikan sedikit sedekah kepada murid tu..hasna apalagi..teriak lagi..

selepas habis melawat 2 buah sekolah ni nak tau...geng-geng lipem ni singgah ke Kuala Sepetang nak p merasa Mee Banjir Udang Mak Teh...tapi hasna xjoin. balik awal sebab anak di sekolah nanti xsempat nak ambik.

so tahniah buat geng lipem kerana berjaya juga lawatan kita ni. terutama untuk ajk yang bertungkus lumus menjalankan tugas. yang xbuat kerja tapi ada nama tuuuuu... refleksilah diri sendiri. xbolehlah asyik orang lain cover je

Terima kasih diucapkan kepada guru besar dan guru-guru di kedua-kedua sekolah kerana layanan dan kerjasama yang diberikan. Sempena lawatan sambil belajar ini, dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri guru pelatih dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di sekolah.

Koleksi Umi 4dLadies

Posted by Hasna | 5:41 PM


26 April 2009

[B. Harian]

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

Seterusnya...

26 April 2009

[B. Harian]

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan, katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.

Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama, katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.

Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru, katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.

Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela, katanya.


Mutakhir ini pelbagai jemaah islamiah muncul bak cendawan tubuh mekar dengan pandangan yang pelbagai tentang peganggan, amalan dan pendapat masing-masing dalam usaha menjadi yang terbaik disisi Allah S.W.T. Justeru tidak terlepas dari konflik dan perselisihan pendapat antara satu jemaah dengan jemaah yang lain sehingga kelihatan titik HITAM yang mengusarkan dipertenggahannya. Semoga pandangan al-imam As-Syahid Hassan Al-Banna semoga menjadi pedoman buat kita semua mencari keradhoaan Allah dalam perjuangan ini.

Saya bertanya kepada mereka, "Siapa di antara kalian yang bermazhab Hanafi, ke mari!" Salah seorang dari mereka maju. Saya bertanya lagi, "Siapa di anatara kalian yang bermazhab Syafi'i?" Salah seorang dari mereka maju. Saya katakan kepada mereka, "Saya akan solat sebagai imam bagi kedua akhi kita ini. Apa yang akan engkau lakukan tatkala saya sedang membaca al-Fatihah, wahai akhi yang bermazhab Hanafi ?" "Saya akan diam saja dan tidak membaca apa-apa!" jawabnya. "Akhi yang bermazhab Syafi'i, apa yang engkau lakukan?" tanyaku. Ia menjawab, "Saya tetap harus membaca al-Fatihah!" Saya bertanya lagi, "Jika kita telah selesai menunaikan solat, bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Syafi'i, tentang shalat saudaramu yang bermazhab Hanafi ini?" Ia menjawab, "Solatnya batal, karena tidak membaca al- Fatihah, karena al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat!" Saya lantas bertanya kepada yang lain, "Lalu bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Hanafi, tentang solat saudaramu yang bermazhab Syafi'i ini?" Ia menjawab, "Ia telah melakukan tindakan makruh yang bersifat haram (makruh tahrim)!" Saya bertanya lagi, "Apakah salah seorang dari kalian berdua mengingkari yang lain?" Keduanya menjawab, "Tidak!" Saya bertanya pula kepada hadirin, "Apakah kalian semua mengingkari salah satu dari kedua akhi kalian ini?" Mereka menjawab, "Tidak!" Maka saya pun berkata, "Aduhai, Maha Suci Allah. Kalian lebih baik diam dan memaklumi permasalahan seperti ini, daripada mempertikaikan sah atau batalnya solat dalam tasyahudnya mengucapkan: Allahumma shalli 'ala Muhammad atau Allahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad,atau perlunya menggerak-gerakkan jari semasa tasyahud, dan kalian jadikan hal ini sebagai perselisihan yang tak kunjung habis."

Semoga nukilan As-Syahid diteliti secara mendalam agar musuh tidak kesempatan mengalatkannya sebagai senjata permusnahan dikalangan pencinta kebenaran dan kemenangan